Tuesday, 9 December 2014

Pengumpulan Al-quran dan Penyusunannya



 Pengumpulan Al-quran berlaku pada 3 zaman :
a) Zaman Rasulullah Sollallahualaihiwassallam .
b) 
Zaman Abu Bakar R.A
c) Zaman Uthman R.A


 Pengumpulan Al-quran pada zaman Rasulullah S.A.W

Pengumpulan al-Quran pada zaman ini berlaku dalam erti kata 2 bahagian , iaitu :
a) Penghafalan
b) Penulisan

Penghafalan
Penulisan
ü  Cara yang diketengahkan adalah melalui Hafalan kerana ingatan yang kuat serta hafalan yang kuat disamping kekurangan orang yang tahu menulis .

ü  Apabila wahyu sampai kepada Rasulullah s.a.w , baginda menghafal dan memahaminya kemudian disampaikan risalah tersebut kepada para sahabat .

ü  Antara sebab-sebab tiadanya penulisan al-Quran pada masa itu ialah :
1) Adanya Rasulullah s.a.w disisi sebagai contoh ikutan yang baik dan sebagai sumber bagi risalah itu .
2) Kaum Arab pada ketika itu sangat kuat daya ingatan sehingga tidak memerlukan mereka untuk menulis .

ü  Terdapat beberapa Para Huffaz pada ketika itu sebagaimana riwayat Bukhari :

فقد روى البخاري ومسلم وغيرهما عن عبد الله بن عمرو أن النبي قال: "خذوا القرآن من أربعة: من ابن مسعود، وأبي
بن كعب ، ومعاذ بن جبل، وسالم مولى أبي حذيفة 


 Bukhari dan Muslim meriwayatkan dan daripada Abdullah ibn Amru bahawa Nabi berkata: "Ambil empat daripada Al-Quran:. Dari Ibn Mas'ud, dan Ubai ibn Ka’ab ,Muadz bin Jabal dan Saleem maula Abi Huzaifah".

ü  Rasulullah s.a.w memilih beberapa daripada para sahabat untuk menulis al-Quran . Antaranya ialah Ali , muawiyah , ubai bin kaab dan zaid bin thabit .

ü  Apabila turunnya wahyu , Rasulullah s.a.w mengkhabarkan serta menerangkan tentang ayat tersebut kepada sahabat . Kemudian baginda menyuruh sahabat-sahabat untuk menulisnya .

ü  Ini bermakna pengumpulan al-Quran pada awalnya dikumpulkan dihati (hafalan) kemudian dizahirkan dalam bentuk penulisan .

ü  Tetapi tidak bermakna al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf , tetapi ianya ditulis secara terpisah kerana nabi masih selalu menanti turunnya wahyu dari waktu ke waktu.

ü  Zaid bin Thabit adalah orang yang terakhir membacakan al-quran dihadapan nabi.

ü  Terdapat juga para sahabat menulis al-Quran yang turun itu atas kemahuan mereka sendiri , mereka menulisnya pada pelepah kurma , lempengan batu , daun lontar , kulit atau daun kayu , dan potongan tulang belulang binatang .


Pengumpulan al-Quran pada zaman Abu Bakar as-siddiq      



·       Pada tahun 12 hijrah , ramainya al-Qurra’ iaitu sebanyak 70 qurra’ telah syahid dalam perang Yamamah .

·       Kemudian Umar al-khattab mencadangkan kepada Abu Bakar R.A supaya al-Quran dikumpul , ditulis dan dibukukan dalam bentuk kitab kerana dibimbangi al-Quran akan hilang dan dilupai.

·       Pada awalnya , Abu Bakar tidak bersetuju kerana berpendapat ianya adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w .

·       Setelah beberapa kali berbincang dan berdialog dengan Umar al-khattab , dengan izin Allah taala yang menggerakkan hati Abu Bakar , akhirnya beliau bersetuju dengan cadangan Umar .

·       Untuk menjayakan rancangan ini , Abu Bakar mengutuskan Zaid bin Thabit setelah mengambil kira kepakaran beliau membaca , menulis , pemahamannya yang mantap , kepintaran akalnya , serta akhlaknya yang baik . Bahkan , beliau sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sehingga ke akhir turunnya wahyu .

·       Zaid bin Thabit mula membuat penelitian dan menetapkan dua sumber sebagai sumber utama sebagai panduan untuk pengumpulan al-quran , iaitu :
a)  Ayat-ayat yang telah dihafal oleh sahabat-sahabat .
b)  Ayat-ayat yang telah ditulis dihadapan Rasulullah s.a.w .

·       Abu Daud meriwayatkan bahawa berkata Abu Bakar R.A kepada Umar R.A dan Zaid R.A :

“Duduklah kalian pada pintu masjid. Sekiranya ada orang datang membawa ayat-ayat( al Qur’an) yang telah diperkuatkan dengan pernyataan dua orang saksi, maka hendaklah kalian menulisnya.”

·       Terdapat juga mushaf lain yang ada pada ketika itu seperti mushaf Ali , mushaf Ubai , dan mushaf Ibn Mas’ud akan tetapi mushaf yang dikumpulkan khalifah Abu Bakar R.A ini merupakan piawaian dan standard al-quran yang menjadi rujukan .



 Al-quran pada zaman Abu bakar r.a


Pengumpulan Al-Quran pada zaman Uthman bin Affan R.A



v Pada zaman ini , Islam telah berkembang ke pelbagai pelosok daerah . Pelbagai bangsa yang berbeza bahasa pertuturan mula memeluk Islam lalu timbul pula satu masalah yang dilihat sebagai ancaman yang boleh menyebabkan perpecahan iaitu masalah perbezaan Qiraat al-Quran .

v Penduduk Syam menggunakan Qiraat yang disampaikan Qari mereka , Ubai bin Ka’ab , penduduk Kufah pula menggunakan Qiraat Abdullah bin Mas’ud .

v Masalah ini timbul apabila daerah-daerah yang jauh ini terkadangnya mempunyai sesetengah pengikut yang terlalu taksub dengan kumpulan mereka sendiri sehingga berlakunya perpecahan dan kafir mengkafir .

v Kemudian Uthman bin Affan meneliti permasalahan itu bersama beberapa sahabat dan akhirnya satu cadangan dibuat supaya dihasilkan mushaf-mushaf piawai yang banyak . lalu kesemua mushaf itu dikirimkan ke segenap pelosok daerah umat islam yang mendiaminya .

v Empat orang sahabat dilantik untuk menyalin kitab iaitu Zaid bin Thabit dan tiga orang lagi Muhajirin Quraish Mekah iaitu Abdullah bin Zubair, Sa’ad bin Ash dan Abdur Rahman bin Hisham.

v Mereka telah diarahkan untuk meminjam mushaf piawai al Qur’an yang telah dikumpulkan oleh Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. sebelum ini yang pada masa itu disimpan oleh anak Saidina Umar al Khattab r.a. yang juga isteri kepada Rasulullah s.a.w., Hafsah binti Umar r.a.

         v Al-quran diturunkan didalam tujuh huruf . Pada zaman uthman ini , mushaf ditulis didalam satu huruf sahaja untuk menyatukan manusia didalam satu qiraat yang sama .



 Al-quran zaman uthman r.a .



1 comments:

nora ruslan said...

adakah dapat dipastikam samada tulisan akra arab asal dari tanah jawi atau tanah arab?

Post a Comment